Search in Canteq's Blog

Sunday, February 12, 2017

Resepi Daging Goreng Kunyit

daging goreng kunyit

Favourite nicina ni.. sangat2
kalau dapat makan ni.. x payah ada lauk lain pun. cukup satu ni je
still makan bertambah2 hehe

Jom nicina share resepi
Memang mudah je sangat nak buat tapi tasteful


Bahan - bahan :

1. Daging - dipotong nipis
2. Serbuk kunyit
3. Sos tiram
4. Cuka makan (xde dalam gambar)
5. Bawang putih - dipoting nipis
6. Halia - dipotong nipis
7. Bawang besar holland - dipotong bulat
8. Cili merah besar - Dipotong nipis
9. Garam (xde dalam gambar)



Next... cara membuatnya step by step :



1. Masukkan daging dalam kuali
2. Panaskan dengan api sederhana


3. Tambahkan serbuk kunyit


4. Masukkan separuh dari bawang putih & halia yg dah dipotong tadi. Lagi separuh kita nak gunakan kemudian


5. Letakkan garam dan gula


6. Masukkan sedikit air


7. Masak hingga mendidih
8. Masukkan sedikit cuka, anggaran satu sudu kecil


9. Masukkan pula sos tiram, lebih kurang 2 sudu
10. Kacau2 sekejap, tunggu sampai air dah kering


11. Then baru masukkan minyak masak, agak banyak jugak.. kira2 separuh tenggelam daging tu
12. Kacau2 sekejap tunggu sampai daging agak garing 


12. Then boleh lah masukkan balance bawang putih & halia yg dah dipotong tadi


13. Kacau2 sikit lagi, biar sampai bawang putih tu masak or kuning


14. Masukkan pulak cili merah besar


15. Last sekali masukkan bawang besar


16. Kacau lagi sekejap... then siap :)

 

Daaaaaa... makan dengan nasi panas please
kalau anda penggemar daging... serious nak tambah




Wednesday, September 14, 2016

Sup Tulang Sedap


sup tulang sedap

Sup tulang!
my faveret... in fact the whole family punya favorite
so kalau masak sup tulang memang kena buat satu periuk besar hehe
sbb nanti ada yg akan meratah and hirup sup secara istiqomah dan berulang2 

Menu yg sesuai untuk bulan zulhijjah :)
Almaklum daging / tulang korban banyak berlambak2 :)



Bahan-bahan :

1. Tulang lembu - dipotong 
2. Rempah sup tulang - 1 packet
3. Sup bunjut - 1 packet  (extra 1 drpd yg dlm packet rempah sup tulang tu)
4. Bawang merah - dimayang, dan digoreng (jadikan bawang goreng)
5.Bawang merah - ditumbuk
6. Bawang putih - ditumbuk
7. Halia - dipotong nipis (boleh juga ditumbuk kalau suka)
8. Asam jawa
9. Serbuk rempah sup (nici guna adabi but lain2 brand pon boleh asal suka)
10. Bawang besar (holland) - dipotong wedges
11. Batang saderi - dipotong agak nipis
12. Daun sup - diracik halus
13. Limau nipis
14. Cili padi - dipotong 


Cara Memasak :

1. Tulang dibersihkan dan direbus sehingga empuk (nici biasanya akan rebus kosong je dulu)


2. Bila tulang dah empuk, panaskan minyak di dalam kuali


3. Masukkan segala kayu dari dalam packet sup tulang (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih) ke dalam minyak yg telah panas


4. Masukkan pula halia yg dah dipotong


5. Then masukkan pulak bawang putih + bawang merah yang telah ditumbuk
6. Kacau2 sekejap


7. Masukkan pulak kedua2 bunjut ke dalam kuali tu


8. Gorengkan kesemua bahan sampai kekuningan



9. Angkat kuali dan masukkan bahan2 yg telah digoreng tu ke dalam sup tulang yg dah empuk tadi tu (make sure api masih terpasang, untuk continue masak sup)


10. Kacau2 seketika


11. Masukkan pula serbuk sup
12. Masukkan jugak asam jawa
13. Kacau2 sup tadi dalam 5 minit



14. Masukkan batang saderi yg dah dipotong beserta bawang holland 
15. Tunggu 5 minit, kacau dan tutup api



16. Next step, sediakan bahan untuk menghidang. Kena buat bawang goreng dulu (kalau guna yg dalam packet x best)


17. Untuk dihidangkan, sila masukkan bahan2 kat atas ni (jangan masukkan dalam periuk, instead masukkan dalam mangkuk semasa nak dihidangkan) :
- bawang goreng
- daun sup
- cili padi
- perahan limau nipis


Sup tulang ready untuk dihidangkan


Boleh makan dengan nasi panas ataupun roti
Nyummm

Daaaaaaa ~




Friday, September 02, 2016

Ayam Goreng Kunyit Special

ayam goreng kunyit special

After ayam goreng kunyit mudah, ni nici nak share resepi ayam goreng kunyit special pulak
this is one of my favourite.. honestly
simple but tasteful...
resepi hasil try and error... nici mmg suka buat macam2 version of ayam kunyit, but this one yg paling melekat di hati hehe 


Bahan - bahan :

1. Ayam - potong kecik2
2. Bunga kobis (sayur lain pon boleh)
3.  Carrot - potong bentuk bunga / memanjang / sesuka hati
4. Capsicum hijau (eh kaler lain pon boleh)
5. Bawang putih  1 ulas (diketuk)
6. Garam
7. Serbuk kunyit
8. Sos tiram
9. Minyak masak


Cara Memasak :

1. Ayam - letak garam n kunyit
2. Panaskan minyak sampai betul2 panas
3. Masukkan ayam satu persatu
4. Bila ayam dah agak garing, angkat masukkan dalam pinggan
5. Gunakan minyak yg sama, tumis bawang putih sampai wangi
6. Masukkan serbuk kunyit 1 sudu dan sos tiram lebih kurang 2 sudu
7. kacau2 sekejap
8. Then masukkan ayam yg dah digoreng tadi, beserta sayur2 (bunga kobis,, carrot and capsicum)
9. Kacau sekejap je, kasi semua bahan melekat then siap

Daaaaaa....




Ayam Goreng Kunyit Mudah

ayam goreng kunyit mudah
After my long hiatus, nici just nak share satu resepi semudah abc... :D
xyah resepi pon xpe kan.. tapi tetap nak share jugak



Bahan-bahan :

1. Ayam - potong nipis
2. Bawang putih 2 ulas - diketuk
3. Bawang holland - potong wedges
4. Cili merah besar - potong
5. Carrot - potong memanjang or sesuka hati
6. Kacang panjang - potong panjang2 (x sempat nak ukur berapa cm)
7. Garam
8. Serbuk Kunyit
9. Minyak masak


Cara Memasak :

1. Ayam gaul dengan garam & kunyit
2. Panaskan minyak
3. Tumis bawang putih
4. Masukkan ayam satu persatu (tips untuk dapat ayam yg agak garing sikit)
5. Kacau2 sikit dan tunggu sampai ayam agak garing and air dia hilang sepenuhnya
6. Masukkan carrot & kacang
7. Kacau sekejap then masukkan pula bawang holland & cili besar
8. Kacau 1 minit dan angkat (tanpa minyak)



Daaaa....







Monday, April 11, 2016

Begedil Ayam Licious

Begedil Ayam


The simple cute food for your mouth n tummy :)To me begedil (or bergedil) ni best kalau makan dengan mihun soto.. mmg best sangat!Makan ngan nasi putih pon ok gak tapi with soto is better haha
Some guna kentang rebus, ayam pon rebus tapi yg ni i guna kentang yang digoreng, ayam pon digorengTu diaaaa... resepi penuh kolesterol dari nicina
Jom i share resepi begedil or (bergedil kah) ayam yang sangat licious ni

Bahan2 untuk buat begedil ayam
Bahan - Bahan :

1. Kentang 2. Ayam bahagian dada - letak garam kunyit, goreng
3. Bawang merah
4. Cili merah besar
5. Daun sup (if suka leh tambah daun bawang but i x letak sbb kurg minat)
6. Telur (xde dalam gambar kat atas)
7. Lada hitam
8. Garam


Cara - cara membuat step by step, follow je pics kat bawah ni eh :



1. Ambil kentang beberapa biji, basuh 

2. Kupas kentang tadi tu



3. Potong kentang tadi bentuk apa2 je janji nipis n senang masak, i pilih bentuk wedges :D 



4. Panaskan minyak, goreng semua kentang yg dah dipotong tadi



5. Dah masak, angkat letak dalam pinggan :)



6. Tumbuk sikit demi sikit kentang2 yg dah digoreng tadi tu. Nak buat serentak pon boleh asalkan ada lesung batu yg cukup besar hehe.



7. Letakkan kentang yg dah ditumbuk dalam satu bekas



8. So apa nak buat dengan bahan2 yg lain tu?

Bawang merah - dimayang halus, and goreng (jadikan bawang goreng)
Cili merah besar - didadu halus
Daun sup - dipotong halus
Telur - masukkan dalam mangkuk, dan dipukul mcm nk buat telur daadar tu tp jgn letak garam
Lada hitam - ditumbuk halus
Garam - biarkan seadanya :)



9. Langkah seterusnya, masukkan kentang tumbuk tadi dalam bekas yg agak besar sikit sebab nk kasi senang gaul semua bahan



10. Masukkan garam dan lada hitam


11. Masukkan pulak ayam yg dah di dadu halus tadi



12. Masukkan semua bahan2 lain, bawang goreng, cili merah, n daun sup yg dah dipotong




13. After semua bahan dah dimasukkan, gaul2 kan biar sekata / sebati



14. Kemudian bentukkan dough (dough ke hikhik) tadi menjadi bualt2 kecik
Nak besar nak kecik terpulang sebenarnye, i mmg suka yg kecik2 comel, senang nak ngap heheh



15. Minta maaf this part xde snap pic... ampun ya. Tapi the step is very simple. Ambil satu2 begedil yg dah dibulatkan tu, celupkan ke dalam telur yg dah dipukul tadi, then goreng dalam minyak panas. Minyak kalau boleh biar sampai boleh goreng terendam. 

16. Dah nmpk warna keemasan, terbalikkan bergedil anda. Angkat dan toskan. 

17. Hidang and makan :D

Bergedil Ayam Nicina

Enjoice.. have a nie day with bergedil guys





nuffnang ads

 

nicina Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Gossip Celebrity