nicina who loves pens, papers, articles, kitchen, oven, stove, arts, chocolates, colors, white, architecture, songs, melodies, beaches, sea, and beautiful things..

nicina

Tuesday, August 11, 2015

Daging Masak Hitam Harum

Daging Masak Hitam Harum
Daging masak hitam ni mmg kena kalau di match kan dengan nasi hujan panas ke, nasi minyak ke, even nasi putih pon
Alah... nak buat makan ngan nasi impit, roti, lemang pun bulih 
Sebab rasa dia sedappppp sangat, harum pulak tu
Nak lagi sedap, sila beli daging tempatan yang fresh dan ambik bahagian batang pinang
Confirm lembut je daging tu, and masak pun x perlu lama kejap je dah lembut daging

Daging Masak Hitam Sedap



Apa kata kita usha resepi 

BAHAN-BAHAN :

Daging Masak Hitam Sedap

1. Daging dihiris nipis (lbh kurang dlm 1/2 kg)
2.  Cili boh / cili kering yg dikisar
3. Kicap manis
4. Daun pandan - 4/5 helai
5. Serai - 2 batang
6. Bawang putih - 2 ulas 
7. bawang merah - 6 ulas
8. Kayu manis - 1 batang *
9. Bunga cengkih - 3-4 pcs *
10. Bunga lawang - 2 pcs *
11. Buah pelaga - 2/3 biji *
12. Garam

Untuk yg bertanda * tu, kalau rasa kurang arif atau x berapa nak kenal... boleh beli rempah sup tulang bunjut adabi tu, dalam tu dah lengkap dah ada 4 sekawan  ni... guna je smua yg ada dlm 1 packet tu (kecuali bunjut)
itulah yg can selalu buat, senang x yah nk beli satu2... bunjut dia simpan xyah guna


CARA MEMBUATNYA :

 1. Blend bawang merah, bawang putih, & serai (Serai cuma ambil bahagian yg lembut serai, hiris nipis sebelum diblend)


2. Panaskan minyak  
3. Tumiskan rempah 4 sekawan tadi sehingga naik bau


4. Masukkan bahan2 yg telah diblend /kisar tadi (bawang merah, putih, serai)
5. Goreng sehingga keperangan


6. Masukkan cili boh / cili kering kisar 
7. Tumis hingga pecah minyak


8. Masukkan pulak daun pandan yg telah dipotong 
9. Kacau sekejap
 

10. Then masukkan daging. 


11. Daging memang akan mengaluarkan air dia. So kacau2 sampai daging empuk dan kuah agak kering


Tunggu sampai kering sedikit macam kat bawah ni



12. Bila dah kering sikit, masukkan kicap


 13. Kalau perlu, masukkan garam. 
Tapi kalau dah cukup masin, x perlu lah garam ni


Kacau sebati, dan hidangkan


Masakan Daging

Makan dengan nasi panas, roti, nasi kaler2 cam nasi hujan panas ke, nasi beriani ke, nasi toamto ke etc... memang meletop bertambah2
Memang wangi, harum, dan sedap rasa dia

Daaaaaaa......... 



No comments:

Featured Post

Sup Tulang Sedap

sup tulang sedap Sup tulang! my faveret... in fact the whole family punya favorite so kalau masak sup tulang memang kena buat satu...