nicina who loves pens, papers, articles, kitchen, oven, stove, arts, chocolates, colors, white, architecture, songs, melodies, beaches, sea, and beautiful things..

nicina

Wednesday, September 14, 2016

Sup Tulang Sedap


sup tulang sedap

Sup tulang!
my faveret... in fact the whole family punya favorite
so kalau masak sup tulang memang kena buat satu periuk besar hehe
sbb nanti ada yg akan meratah and hirup sup secara istiqomah dan berulang2 

Menu yg sesuai untuk bulan zulhijjah :)
Almaklum daging / tulang korban banyak berlambak2 :)



Bahan-bahan :

1. Tulang lembu - dipotong 
2. Rempah sup tulang - 1 packet
3. Sup bunjut - 1 packet  (extra 1 drpd yg dlm packet rempah sup tulang tu)
4. Bawang merah - dimayang, dan digoreng (jadikan bawang goreng)
5.Bawang merah - ditumbuk
6. Bawang putih - ditumbuk
7. Halia - dipotong nipis (boleh juga ditumbuk kalau suka)
8. Asam jawa
9. Serbuk rempah sup (nici guna adabi but lain2 brand pon boleh asal suka)
10. Bawang besar (holland) - dipotong wedges
11. Batang saderi - dipotong agak nipis
12. Daun sup - diracik halus
13. Limau nipis
14. Cili padi - dipotong 


Cara Memasak :

1. Tulang dibersihkan dan direbus sehingga empuk (nici biasanya akan rebus kosong je dulu)


2. Bila tulang dah empuk, panaskan minyak di dalam kuali


3. Masukkan segala kayu dari dalam packet sup tulang (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih) ke dalam minyak yg telah panas


4. Masukkan pula halia yg dah dipotong


5. Then masukkan pulak bawang putih + bawang merah yang telah ditumbuk
6. Kacau2 sekejap


7. Masukkan pulak kedua2 bunjut ke dalam kuali tu


8. Gorengkan kesemua bahan sampai kekuningan



9. Angkat kuali dan masukkan bahan2 yg telah digoreng tu ke dalam sup tulang yg dah empuk tadi tu (make sure api masih terpasang, untuk continue masak sup)


10. Kacau2 seketika


11. Masukkan pula serbuk sup
12. Masukkan jugak asam jawa
13. Kacau2 sup tadi dalam 5 minit



14. Masukkan batang saderi yg dah dipotong beserta bawang holland 
15. Tunggu 5 minit, kacau dan tutup api



16. Next step, sediakan bahan untuk menghidang. Kena buat bawang goreng dulu (kalau guna yg dalam packet x best)


17. Untuk dihidangkan, sila masukkan bahan2 kat atas ni (jangan masukkan dalam periuk, instead masukkan dalam mangkuk semasa nak dihidangkan) :
- bawang goreng
- daun sup
- cili padi
- perahan limau nipis


Sup tulang ready untuk dihidangkan


Boleh makan dengan nasi panas ataupun roti
Nyummm

Daaaaaaa ~




No comments:

Featured Post

Sup Tulang Sedap

sup tulang sedap Sup tulang! my faveret... in fact the whole family punya favorite so kalau masak sup tulang memang kena buat satu...