nicina who loves pens, papers, articles, kitchen, oven, stove, arts, chocolates, colors, white, architecture, songs, melodies, beaches, sea, and beautiful things..

nicina

Thursday, May 11, 2017

Cempedak Goreng Rangup

cempedak goreng rangup


https://www.facebook.com/pg/thenicina/photos/?tab=album&album_id=1124825824286130

Cempedak ni kalau digoreng memang wangi bau dia.. sebatu pun boleh bau dah.. ok tipu hehe
Haritu nicina dapat buah cempedak sebijik 
so xde plan nak buat lain melainkan goreng je lah


First thing kalau dah dapat buah cempedak yg dah masak, kena belah and keluarkan isi dia
Agak2 nak masak terus boleh masak.. kalau x, simpan dulu dalam bekas bertutup and letak dalam fridge
Bila sampai masa nk goreng nanti boleh ambik je  :)


Untuk resepi kalini, nicina pakai 3 jenis tepung.. tepung gandum, tepung beras, and tepung kanji
tu diaaa.. tamak betul semua pon nak aih hehe
tapi combination ketiga2 ni menghasilkan kerangupan 



So let's check out the recipe naaa...


Bahan-bahan :

1. Cempedak, sila ambik isi nya sahaja ye hikhik
2. Tepung gandum  
3. Tepung beras
4. Tepung jagung
5. Garam
6. Serbuk kunyit


Cara-cara nak membuatnya sila refer step as below :


Step 1 : Masukkan lebih kurang 2 senduk tepung gandum


Step 2 : Masukkan pula 1 senduk tepung beras


Step 3 : Masukkan lebih kurang 1 sudu besar tepung jagung


Step 4 : Masukkan pula 1 sudu garam


Step 5 : Masukkan jugak serbuk kunyit 1 sudu kecil


Step 6 : Satukan semua bahan


Step 7 : Gaulkan semua bahan biar sebati


Step 8 : Masukkan pula air sikit demi sikit dalam tepung tadi


Step 9 : Jumlah air depends pada kuantiti tepung. Kalau boleh biar agak pekat, dan jangan terlalu cair


Step 10 : Masukkan cempedak ke dalam adunan tadi


Step 11 : Panaskan minyak dalam kuantiti yang agak banyak.. agak2 boleh tenggelam cempedak kita tu tadi




Step 12 : Bila minyak dah betul2 panas, gorengkan cempedak anda


Step 13 : Dah agak2 kuning keemasan, angkat dan toskan, dan bolehlah dihidangkan. Dan sila lah makan dengan senang hati. 
Kalau agak2 baik hati boleh lah pass pada jiran sebelah 3-4 bijik heee





Daaaaa...


No comments:

Featured Post

Sup Tulang Sedap

sup tulang sedap Sup tulang! my faveret... in fact the whole family punya favorite so kalau masak sup tulang memang kena buat satu...