nicina who loves pens, papers, articles, kitchen, oven, stove, arts, chocolates, colors, white, architecture, songs, melodies, beaches, sea, and beautiful things..

nicina

Thursday, July 27, 2017

Kuih Cara Berlauk

kuih cara berlauk nicina



kuih cara marvellous!





Assalamualaikum
After so many years living.. baru tahun 2017 ni nicina terasa macam nak try makan kuih cara berlauk ni
Sebelum2 ni selalu rasa macam xkena je kalau kuih2 lembut (which is supposed to be manis pada pendapat nicina alone) tu jadi macam savoury.. hehe
Sekali dah rasa.. eh sedap lah pulak.. eh suka lah hehe
Itu lah org kata.. tak kenal maka tak cinta cewaahhh

So bila dah jatuh cinta.. nicina pun mula la cari resepi nya
Setelah pelbagai resepi jumpa dan ditimbang tara dan diolah mengikut citarasa sendiri
Lalu inilah hasilnya... layan jommm
Adusss.. time tulis resepi ni pun terasa macam nk makan lagi kuih cara ni






   BAHAN-BAHAN   

Bahan-bahan yang nicina gunakan (dari atas gerak arah jam)  :

1. Minyak masak
2. Air masak
3. Pewarna kuning telur
4. Santan
5. Tepung gandum
6. Daun pandan
7. Serbuk kari daging
8. Telur
9. Bawang merah
10. Bawang putih
11. Halia
12. Gula melaka
13. Cili giling / cili boh
14. Daun sup
15. Cili merah besar / min
16. Asam jawa
17. Isi ayam kisar / minced chicken


Ok untuk step by step punya guide.. refer gambar2 kat bawah eh..






   CARA BUAT INTI    

1. Panaskan minyak dlm pan, tumiskan bawang merah & putih hingga layu, kemudian masukkan satu sudu cili giling / cili boh
2. Bila cili dah cukup garing, masukkan 3/4 packet serbuk kari daging yg telah dibancuh dgn air
3.Masak biar pecah minyak, then masukkan gula melaka & asam jawa
4. Masukkan garam. Kacau sebati
5. Masukkan minced chicken
6. Masakkan biar sebati. Bila ayam dah masak, masukkan dalam mangkuk.. letak tepi sekejap.. kita kena buat bahan untuk tepung/base pulak






   UNTUK BUAT BASE (TEPUNG KUIH CARA) :   







1. Masukkan 3-4 senduk tepung gandum dalam blender



2. Masukkan setengah kotak santan



3. Pecahkan 1 biji telur



4. Masukkan juga satu sudu besar minyak masak (atau 3/4 sudu pun boleh)



5. Masukkan garam setengah sudu



6. Letakkan pewarna kuning ;bh kurang stgh sudu teh (nicina guna pewarna kuning telur)



7. Last sekali masukkan lbh kurang setengah mug air. Blend sampai sebati dan bahan2 tak berketul



8. Dah settle blending, masukkan dalam satu bekas bermuncung.. motif nak bagi senang masa nak tuang dalam acuan nanti


   NEXT STEP KITA NAK MEN'CARA'.. BAKAR JOM   





Atas ni je bahan2 yg kita nak 'cara' kan kuih kita tu

1. Ayam (inti) yg dah dimasak tadi
2. Adunan tepung yg dah diblend
3. Minyak masak dan daun pandan untuk mengoles bunga (lubang) acuan tu
4. Daun sup yg dah dihiris halus
5. Cili besar yg dah dihiris nipis
6. Acuan kuih cara.. yg nicina guna ni bentuk manggis / ceremai.. suka yg ni sebab dia macam bunga :)


step buat kuih cara berlauk

1. Panaskan acuaan kita atas dapur. Oleskan acuan dengan minyak menngunakan daun pandan.. nak guna berus pon boleh je sebenarnya
2. Tuangkan aduanan tepung tadi dalam setiap bunga dia
3. Letakkan inti ayam.. guna sepit kalau xnak bagi berterabur
4. Taburkan daun sup dan cili merah
5. Tutup sekejap.. nak bagi masak sekata
6. Bila dah masak.. kuih cara anda akan bertukar warna jadi kuning gelap sedikit.. dah ready la tu...
Silakan cungkil satu2.. bentuk ni mmg agak susah sikit nak keluarkan sebab dia berbiku2..




kuih cara berlauk





Masukkan dalam pinggan dan serve...



yes.. my favourite kuih sekarang... asyik teringat2
x padan dengan dulu sikit pon taknak try hehe


marvellous sangat kuih ni.. rugi nicina baru nak blaja makan.. kalau tau dari kecik2 dah try hahah




Daaaaaa.......



No comments:

Featured Post

Sup Tulang Sedap

sup tulang sedap Sup tulang! my faveret... in fact the whole family punya favorite so kalau masak sup tulang memang kena buat satu...